Ahad, 16 Oktober 2011

untuk wanita


Kalu kita nak yang soleh, kita kena jadi solehah dulu, so kena la didik diri dulu, perbaiki diri kita dulu. Bina fardu muslim sebelum membina baitul muslim. Kalu nak bina baitul muslim, asasnya adalah Agama (ISLAM). Sebagai dasar atau asas dalam rumahtangga kerana agama itu adalah tunjang dalam kehidupan berkeluarga disamping dapat memelihara diri dari melakukan perkara yang Allah larang, Dalam agama Islam, kita kena ingat asasnya adalah akidah. Akidah ni la tersangat penting, tercabang pada tiga bahagian pulak, islam, iman dan ihsan. So, banyak la kita nak kena kaji dan selidik.. ish bkn senang nak senang, pulun sikit jaa..Sebab tu, dalam pemilihan jodoh kita jugak kena pilih yang beragama, tak kira la laki atau perempuan.

Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka terimalah dia"
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Perempuan pulak bila ada seorang lelaki soleh merisik yang mana baik agama dan akhlaknya, terimalah, sungguh rugi seorang perempuan itu, andai melihat dari sudut yang berbeza dan tak menerima lelaki itu. Setiap orang dalam hidup perlu ada perancangan yang jelas, apa matlamat hidup, apa yang kita mahu capai dalam hidup, adakah ianya selari dengan tuntutan agama. Kita perlu kaji selidik dari setiap aspek, ni bukan memilih tapi demi kehidupan yang lebih sempurna dan masa depan di dunia dan akhirat. saya ada baca artikel sini Sapa tak mau kebaikan dalam hidup da kan? So Bila nak pilih jodoh, kena la pilih yang boleh didik anak2nya kelak, ya la bukan senang nak mendidik budak2 ni kan? hmmm

1 ulasan:

  1. alhamdulillah . finally , taw jugak pasal hadith ni . syukran2 :) nice post .

    BalasPadam